feed Subscribe to feed
pic
27. 08
2008

Rehearsal kawat perbarisan.

Written by: sodep - Posted in: Ceritera

Gambar nie aku snap waktu balik dari sarapan pagi. Jalan depan opis aku hari nie di tutup untuk rehearsal perbarisan hari kebangsaan. Esok ada full dressed rehearsal. Kalau  korang nak pic lebih besar. Klik ajer gambar di atas tuh.

27. 08
2008

Itu jer yang ada..

Written by: sodep - Posted in: Ceritera

Buat Kak Retna yang bertanyakan tentang gambar waktu aku menyaksikan Konsert Gangstarz08 Final hari tu. Ini aje yang saya ada Kak. Saya dok jauh kat atas tapi puas hati lar sebab mengadap str8 ke pentas.

27. 08
2008

Slamat Pengantin Baru..

Written by: sodep - Posted in: Ceritera

Ini ada sekeping gambar dari enpon aku. Gambar persandingan Kak Ana dan Abang Yusri. Majlis berlansung pada hari Ahad hari tu di Kapar, Kelang. Majlis berlansung  meriah walaupun hari hujan lebat. Saja aku letak gambar nie untuk di kongsi bersama.

Yang mengapit kat kiri tu Azri, dan yang kat kanan tuh pulak Kak Die. Member ‘Fajar’ lain yang turut hadir ialah Kak Nora dan Azie. Memang meriah kalau jumpa diorang. Kak Ana dulu sesama kerja sebagai Cashier waktu di Fajar dulu. Yang masih kekal kat sana ialah Kak Die dengan Kak Nora.

Kalau lah aku boleh patah balik masa untuk bersama - sama dengan mereka satu masa dulu, mesti meriah…

27. 08
2008

Lihat lah dOnia..

Written by: sodep - Posted in: Ceritera

 Terima kat Akak Masy sebab bagi Award nie kat saya. Nie fes time saya mendapat award dari mana mana blogger. Terima kasih kepada Akak Masy. Mwah Mwah… Oh lihat lah dOnia…

26. 08
2008

ngantuk nyer mata nie..

Written by: sodep - Posted in: Ceritera

aduh ngantuk nyer mata nie, seperti biasa hujung minggu nie penuh dengan aktiviti.. jadi semalam aku jadi lemau sikit. hari nie pon sama.

sabtu aku kuar dengan zaif, lego, rusdi dan sharom. gi karaoke dan MAHA.

ahad lak aku gi kenduri kawen kawan aku semasa kerja kat Fajar telok intan dulu. jumpalah kawan kawan lama kat sana. meriah sangat aku rasa.

malamnya pulak aku pegi ke konsert akhir gangstarz08 yang di menangi oleh ONE. aku memang sokong gila. tapi yang best nyer dapat tengok persembahan dan merasakan kemeriahan. tapi yang tak best nyer sistem bunyi nyer yang hampeh. korang yang tengok kat tv boleh dengar dengan jelas diorang nyanyi. aku kat sana dengar suara orang bersorak ajer..

semalam aku cirit birit mungkin sebab makan lauk kenduri kot. tapi tak kritikal sangat lar.

hari nie aku tak tau nak buat apa… dah nak puasa nie makin lemau lak. ngantuk sentiasa mata aku nie… sape  nak  temankan aku tido nie… warrghhh ( menguap )

21. 08
2008

Tangis..

Written by: sodep - Posted in: Ceritera

Kenapa menangis..
Kau gembira.. tertangis.
Kau sedih.. tertangis.
Kau kusut.. tertangis.

Itu saja lah yang mampu kau buat, menangis. Bila kau tak mampu  meluahkan segala kekusutan di dalam diri kau, kau mengangis. Bila kau sedih, kau jugak menangis bila tiada siapa yang mau mendengarkan segala rintihan dan rayuan kau. Bila kau gembira, kau jugak menangis pabila kau meraikannya sendiri.

Ketahuilah kau tidak sendiri. Ramai manusia seperti itu di sekeliling kamu. Ramai yang ingin mendekati cuma  tidak tau bagaimana. Atau mungkin kamu sendiri yang tidak mau mereka bersama kamu. Kamu tidak boleh lari dari rencah kehidupan kerana dunia akan tetap bersama kamu.

Sambil mengesat air mata…

20. 08
2008

Tag Dari Aqies…

Written by: sodep - Posted in: Ceritera

Years come and go
But today is a
Special day
*20082008*
Double Match
It happens only once in a lifetime
so .. i wish you a very
Wonderful Day

Tag nie mati kat cini jer.. tak tau nak tuju kat sape… thehehe…  harap kalian semua sentiasa mengharungi hari yang indah.

19. 08
2008

Selamat Hari Jadi Yang Ke 27

Written by: sodep - Posted in: Ceritera

( gambar seksi sebelom nie terpaksa di buang sebab ada orang tuh geli… weeekk.. )

Hari ni entry aku special kepada bestfren aku . Selamat Hari Lahir yang ke - 27. Hari nie kita sebaya kan, sebaya untuk dua bulan je lebih kurang. Lepas tuh turn aku lak untuk sambut birthday.

Semuga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki, jugak di permudahkan semua urusan..

18. 08
2008

penuh..

Written by: sodep - Posted in: Ceritera

Hujung minggu lepas aktiviti aku penoh sepanjang hari. Penat rasanya badan  ni, duit dah kering nie. Saper lar nak blanja aku makan sepanjang hari sehingga gaji. Thehehehehe….

Hari sabtu aku jumpa memember blogger aku, jumpa Kak Meera, Kak Retna, Kak Masy dan azkam. Dah lama tak kuar jumpa memember blog reramai cam tuh. Mintak maap ler sebab aku lambat sampai, semua gegara sistem bas  yang tah ape ape tah kat tempat aku tu.

Aktiviti kami waktu tuh adalah makan dan makan, memula makan tengah hari kat Times Square food court kat tingkat 10 tu, kemudian berpindah ke Old Town White Coffee sebab aku ngidamkan  Shake Hazelnut white coffee, sangat lazat rasanya.

Selain bercerita tentang isu semasa, kami sempat melawat ke blog blog sahabat dan blog sensasi sewaktu kami di oldtown. Aku bawak leptop jadi sempat lar ber WiFi percuma :D

Pertemuan kami sehingga jam 7 sahaja, kemudian kami semua berpisah kerana masing masing ada urusan. Lagi pon anak dara tak boleh balik lewat malam. Kan akak akak sekalian… theheheheheh

Program aku seterusnya adalah berjumpa dengan Syam, Amin, Kak Aizam dan kawannya. Dorang semua nak gi DBKL sebab nak tengok pertandingan akhir Bintang Asli KL. Semua ada 10 perserta dan saingan hebat jugak, masing masing ada bakat dan kelebihan. Aku suka sangat irama asli ni, kalau ada peluang aku pon nak masok tanding  jugak.

Pemenangnya Norasmah Binti Ibrahim, umur dalam 40 an. Anaknya kerap masuk pertandingan dan pernah memenangi bintang Klasik Nasional yang selalu  buat kat RTM, sekarang turn mak dia lak. Suara Kak Asmah nie menten ajer, tak berlebih lebihan. Mungkin sebab tuh dia di pilih sebagai pemenang. Kak Asmah nyanyi lagu Gunung Bentan dan Bunga Tanjung.

Habis pertandingan kami terus ke Kampung Baru, memasing dah kebulor waktu tuh.  Habis makan terus diorang hantar aku balik.

Aktiviti hari ahad lak di penuhi dengan makan kenduri, aku gi dua rumah.  Balik kenduri terus lepak opis layan internet. Balik rumah lak aku tengok ada durian, yeeeeeee…  Hakim nak masak kuah durian, cedapnya…. aku yang ngidam tapi dia lak yang masak. Aku cadang hari tuh nak masak, cuma durian lak tak jual kat tempat biasa yang aku nak beli. Jadi kensel lar.. thehehehe

Hari nie hujan lebat kat luar tuh, aku tengok bebudak yang tengah prektis untuk persembahan Hari Merdeka nanti terpaksa berlari cari tempat perlindungan. Aku cuma sempat tengok diorang buat formasi bendera Malaysia. Hari nie adalah hari malas sedunia. Mata aku makin ngantuk  nie, berat ajer. Sori lar kat korang sebab entry nie tak bergambar. Mesti korang tak baca entry nie. Tapi aku tak kisah sebab aku tulis nie pon sekadar tempat aku merapu meraban, kalau korang baca jugak. Mekasih aku ucapkan…

Adeh… nak lelap jap.. Jumpa dalam mimpi…

17. 08
2008

Jangan Bohong..

Written by: sodep - Posted in: Ceritera

Bagaikan awan putih yang menerangiku
Di setiap nafas cinta yang engkau hembuskan
Ku tak pernah bisa membedakan
Engkau dusta atau jujur

Wajahmu manis nyaris tak ada buruknya
Sehingga setiap kau tatap aku melemah
Mau marah sering kali tak jadi
Malah aku memelukmu

Oh.. Mengertilah cinta
Bahwa aku tulus mencintai
Jangan kau bohongi aku pasti tahu

Jangan bohong
Kar’na firasatku ini tajam
Walau akhirnya marah ini tak pernah terjadi
Sudah kubilang jangan bohongi aku
Jangan bohong lagi

Untuk download lagu ini sila search “Irwansyah - Jangan bohong .mp3 album soliter”  mesti korang akan jumpa download link. Aku malas nak letak lar, tak cukup masa… 

About me

Di sini detik itu bermula... Anggap saja aku seorang pendusta... hanya membual cinta dalam nafsu kata-kata... Jika duriku menorehkan luka... hadapilah aku selayaknya manusia...

Dan di sini detik itu pun bermula... mencari kekuatan di segenap alam maya.. agar harapan terbentang luas... oh tuhan.. bukakan hijab mu di depan mata.. agar aku terus mengerti dan tabah dalam menempuh segala dugaan mu... terasa sungguh kecilnya aku..

Search this blog